Friday, February 18, 2011

~Mari makan-makan!!

~Steamboat~

~Beef Steak~
~Char Keow Teow~
~Kentang Goreng~
~Laksa~
~Mee Goreng~
~Ais Krim~
~Air Buahan~

~Tom Yam~

Assalammualaikum wbrt,
hai kawan2 terliuq tak?
hehehehehe
saje je tunjuk gambar2 yg colourful!! 
hahahah
bye2!!

Thursday, February 17, 2011

~Alhamdulillah..Menang Cabutan Bertuah sempena KRISAK~

~No 3 yang Bertuah!~

Assalammualaikum wbrt,
Wow!Hadiah apekah itew..??
Tentu anda tertanya2kan??
actually ni hadiah time cabutan bertuah mase Meting KRISAK ri tu..
bajet dapat yang paling besar..tp yg ni pun jadik lah
lebih bek yg ni de dr xdpt langsung kan?AUuw!

Puas makan kt opis bende nie,di saat  tgh tension dek keje yg menimbun ape lagi capai la 1 2 biskut..kruk krak kruk krak Nyum2..cume tang air tu jep xusik lagi..manis la..xminat lagipun xlok mkn bende manis,
leh menukar ke arah kes  kesihatan yg xelok..

Mase menang bende ni, agak terkejut, sbb xpena la sepanjang life ni dpt cabutan bertuah..haha
No:3  di panggil dlm 3 kali time tu..huhu Last2 baru tersedar "eh..No 3 ker??" PTN menjawab "hah..No:3"
"eh..eh..tu no saye.."hahaha malunyer... Habis diketawakan oleh PRN...Adehhh....sempat gak la mulut ni membebel kat depan "heheheh...saye xpercaye la saye leh dapat...hihihi" sengih cam kerang busuk..haha
PRN lak gelakkan kite sampai ke telinge kite tgk..huh~

Anyway..Sesetengah rezeki mmg kita xsangka kan? Namun Allah itu Maha PEmurah,
Kita sebagai Hamba-Nya jgn sesekali lupe utk bersyukur..
ALHAMDULILLAH...

Tuesday, February 15, 2011

~SalaM MauLiduR Rasul KePada Umat IslaM~


Assalammualaikum wbrt,
Rasanya xlewat lagi utk saye ucapkan Salam Maulidur Rasul Kepada Umat Islam,
Marilah kita Selami Cerita di Sebalik Maulidur Rasul yang kita sambut ini.

Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.

KISAH PENYUSUAN
Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas.

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi...

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah.

NABI YATIM PIATU

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri."

PENGAJARAN/IKTIBAR



1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam 
waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. 
Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.

2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran 
dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap 
Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.

3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk 
kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. 
Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;    "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya    ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan
 dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.

4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa
 Asyura sempena mengingati kisah    terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa (amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 
lagi perlu mengingati kelahiran nabi.

5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana 
firman ALLAH; "Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah.
 Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."

6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah 
sebagaimana yang    disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.

7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang 
bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.


wallahu a'lam 

Sunday, February 13, 2011

~SaNgat MenYeNtuh PeRAsAaN~

~Best GilER-Nanges2 bace!~


Assalammualaikum wbrt,
Uhuk...uhuk...uhukk.. T_T
hari ni saya nak berkongsi tentang 1 novel yang saye pinjam drpada kakak teman serumah saye.
Pada mulenyer saye nie dah kat 2 hari nampak novel nie, tapi malas nak amek
sbb skali start kompem sanggup xmakan xtdo untuk membaca Novel.
Tapi semalam saje2 je la bace 1 page, alamak...ni yg malas ni..terus lekat!
Baca punyer baca dah jatuh cinta pada kisah Novel nie..
Uhuk!uhuk! sedihhh.....nangis2 bace..uhk..uhuk...

Sinopsis ceritenyer begini.
Seorg lelaki yang agak loaded & ahli keluarga Dato' juga kaya
dgn Ketampanannya,Playboy bernama Syed Aizril & seorang gadis kampung yang manis dan cantik semulajadi & pegangan agama yg teguh bernama Aleya. Belajar di 1 Universiti luar negara di UK.Masing2 sebenarnya dah pun menyimpan hati/Cinta antara 1 sama lain dek kerana si jejaka tersebut telah di"Brain Wash" oleh ahli keluarga bahawa Gadis kampung memang mmg ske mengambil kesempatan pada orang kaya sehingga mengikis hrta orang kaya walhal tidaklah benar2 cinta pada org kaya tersebut.

Aleya Gadis yang bijaksana dizaman belajar manakala Syed Aizril hanya berharap
 pada rupa  kaya dgn bfikir mampu dapatkan segala dgn adanya duit & Hensem senang2 nak harapkan org len watkan Assignment untuknya salah 1 Aleya la menjadi mangsanya.Aleya mmg lama menyukai Syed Aizril namun nak ke Syed Aizril(SA) pada gadis kampung yg kuno n xseksi gadis2 len yang berebut2 goda dirinya tu? Namun jgn xsangka SA juge menaruh hati pd A namun krn dek ego n "Brain Wash" ahli keluarga dia cepat2 terus merupakan niat hatinya itew,namun seringkali gementar & gundah gulana bile saat bhadapan dgn A namun kerana Ego di buat gaya yang kasar & xperikemanusian pd A.

Nak dijadikan cerite si A ni dah cukup bsabar dgn si SA ni yela mane taknyer
senang2 je lepas tgn wat Assignment pd die lastly sampai 1 tahap tanpa disedari telah terluahkan rasa tak puas hati pd SA. Malu la beb SA dihadapan kawan2ya kerana nampak sgt Kebodohannya.
Dari situ dijadikan dendam sampai pulang ke Tanah Air Malaysia.

1 hari A mohon kerja namun tanpa diduga terapply tempat syarikat SA.SA ni maklumlah anak dato' dialah pengurus besar kat syarikat tu.Ibarat Orang ke-2. A tkejut SA yang menginterview die & terus PANGKAH tak nak keje situ & terus kuar dr di interview tu & mengatakan Jawatan tu xsesuai & xkene dgn Jiwa dia so die tersilap apply katanya & terus kuar, namun SA terus menahan, dan tanya habes tu jawatan pe yg die rase nak & sesuai? A gelabah terus ckp nak jadi Setiausaha.HAHA mmg lari dr bidang terus.
Dgn kuasa Veto SA terus intercom Assistant die kata A diterima tapi jd Secretary.
bpeluh si A yela mane taknyer merepek je nak jawatan tu n tak taw langsung skop keje tu.

HEHEHEHE
Bermulalah kisah GEMBIRA,SEDIH,DERITA hidup seorang
yang bernama Nur Aleya & Syed Aziril..
Nak taw bacalah sendiri...
HAHAHAHA

~Puas HAti + Sweet + Romantik + Geram + SEDIIHH!!!~

Saturday, February 12, 2011

~Mari Memasak Bersama Dapur Holistik~

video
~Mari Memasak Bersama Dapur Holistik~

Assalammualaikum wbrt,
Tetibe teringat lak Rancangan Masak Bersama Chef Wan..Haha
Okeh2.. Kalo kawan2 nak taw, Video ini diambil pada 11/2/2010, Jumaat dalam kul 1.00 ptg camtu,
Pada waktu ini ada 2 org Penasihat Pakar Pemakanan ada wat sedikit 
Demonstrasi Masakan di Pantry di Pejabat kami.
Meriah sungguh rasenyer time tu, rase macam kenduri kawen lak,
masing-masing busy potong bawang la, ayam la ikan la n len2.
Bahan sume kami kongsi2, berat sama dipikul ringan same dijinjing kan?

Okeh, saye nak beritahu kat sini Periuk yang digunakan adalah telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan & disyorkan oleh pesakit Strok, namun menjadi bukan 1 kesalahan periuk ini digunakan dalam masakan harian kerana periuk ini mampu mengekalkan khasiat makanan tanpa membunuh khasiat yg terkandung dlm bahan mentah contohnya protein (ikan/daging & len2) vitamin2 dan len2.
Periuk ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin SLIM kerana dgn cara tertentu contohnya nak masak ayam, di dalam ayam ada minyak/lemak ayam yg kita tak nampak, dengan penggunaan periuk ini mampu mengasingkan minyak lemak drp bahan mentah bkenaan, saye dah saksikan sendiri mmg betul. jadi xmustahillah jika leh SLIM dibuatnya!

Mari kta saksikan secara LIVE!!

~Nasi Goreng Kantonis Holistik~

Cool! ns goreng nikan kawan2 xletak minyak langsung!xperlu bahan perasa! anda akan dapat rase garam semulajadi drp bahan2 spt ayam yg dimasukkan sekali dlm ns goreng nih! sedap XTERKATA!


~xyah letak minyak!!~

kalo kawan2 nk taw yam ni juz diletakkan begitu je dlm periuk ni tanpa letak minyak,
tutup dlm 45minit leh dimakan,cepatkan?
bile kite bukak periuk ni, bahagian bawah tu akan penuh gn minyak/lemak2 
ayam yg myebabkan bdn kite over lemak n kolestrol.


 ~SIAP!Ayam Panggang Holistik~

Bile makan terasa jus asli ayam nie..Wow..siyess mmg sedap!


~yang ni doh nak wat roti-MMG SEDAP !! -xyah bakar dlm oven 
pun paling penting zat2nya tak terhapus~

oH nO!! Roti yg menjadi igauan diriku & sahabat2ku..Cicah dgn sambal,sedapnyer!!

~ikan tongkol goreng & bakar~

kalo anda nak taw time ikan ni digoreng xgune minyak pun juz tutup jerk periuk tu,
 bukak n terbalik2kan je spy atas bawah masak, bende yg bkilat2 tu jgn salah paham,
 tu bukan minyak tapi jus asli/semulajadi dr ikan tu keluar, 
Jus ni la yg badan kita sepatutnya ambil, kalo kwn2 pasan kalo  
kat kedai ikan camni bile kite beli utk mkn tgahari tu dah keras + kering kontangkan?? 
Sbb dah terhapus khasiatnya. kirenyer kite mkn sekadar 
nmpk fizikal je la sayur greng, ikan n len2
 tetapi khasiatnya xder.

JENG..JENG..JENG
Mesti nak taw kan camne ruper Periuk Holistik yang diperkatakan tu!



~Ni Packaging die~

~ni Periuk Holistik tu + set2 lain~

~Panduan Pengambilan Makanan yg Sihat~

~Buku Panduan Resipi Sihat~

~Saye bukanlah peniaga tapi just untuk kongsi sesuatu yg baik utk kita semua~

~WaRNai HiDup ANda~

~Eye Shadow~

Assalammualaikum w.b.r.t,
hehehe (^_^)
hokeh.. atas ni bukanlah Water colour yang u all nak lukis poster tuh,
& bukan juge alat permainan Video..HAHA
atas ni sebenarnyer Eye Shadow..Ala..yg kaum wanita bubuh kat mate
 yang berwarna warni tuuu....
Tengah dok perati gambar2 ternampak lak alat make up nie..
saje je nak share..nampak cantik lak kaler2 make up ni xsilap 
tgk dalam RM36.00, nape? berkenan ke? hehehe..

~Pe kaler "feveret" anda?~

~Uhuk..Uhuk....Exam jAtuH PaDa BirtHDaYku~

~Exam~

VS



 ~My Birthday~


Assalammualaikum w.b.t,

Hehehe..tetibe dimaklumkan exam sah jawatan pada 19-20 Apr 2011,
Alamak..20 Apr tu besday sayela kan..
Baru ingat nak happy2 time tu, terpaksalah bahagi masa utk study & celebrate my birthday.
Actually exam sah jawatan ni saye xde la bace sgt pun,
tp 2 lak yang lulus,balance lagi 2paper..hahaha
hurm...xpelah saye xkisah sgt, X-specially saye ske sbb dapat
balik Semenanjung for FREE.. hehehehe

~okehlah..Actually it's not a problem 4 me, 
cume terkejut time exam tu clash dgn planning saye..HAHAHA~

~DaLAM DiLeMa~

~huh... Everything is about Costing~ 


Assalammualaikum,
Huh.......RINDU la nak blaja balik, lebih2 lagi saye rase xcukup utk berada di stage ni je,
tapi apakan daya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bile duduk jauh camni.
Yess..Everything is about Costing..
Masalah utama saye adalah cost .
Kuching-Samarahan around 45 minit rasa-rasanya ni tanpa "jam" kot nie..
kalau hari2 berulang alik,minyak kete & habes klas malam2 punyer nak patah balik perghh hari2 camtu sakit woo..sok pagi lak keje..hurm..Actually dr segi masa saya xkisah sgt, cume costing + duit yuran, xlarat la nak pinjam PTPTN lagi..Tambahan pule jadual kerjaku yang tak menentu, kekadang ne keje luar..
Anyway sebenarnya tu 1 Cabaran bagi mereka yang kerja sambil Belajar..
Tapi saye pentingkan Costing that is why until now i'm still waiting ..
Harap2 dapatlah tukar Semenanjung
Lehla sambung blaja balik.. (^_^)
~AMIN~

~I Miss All This so Much..Much..Much!!!~


Hurmm...RINDUnyer dgn buku-buku macam nie..
Teringat lak buku time blaja DIP dulu..(^_^)
xpe, Insya Allah, pindah je Semenanjung nnt, 
perkara pertama adalah "sambung Blaja"..Insya Allah...
"Ya Allah..Permudahkanlah Urusanku.."

~AMIN~

Friday, February 11, 2011

~Saye SaYaNg KeLuARGa Saye~

Angah~AfiQ~AyaH~mak~Me!

~ kakLoNg & AloNg xde dlm picture Nie~

~Ni family belah Kak Ngah Yg GuRl pake Baju BeLanG BiRu tu~

~hah~ Ni Family saye,Kanan skali Kaklong & kaklong juga Wan!~

Assalammualaikum kepada saudara & saudari *mcm nak bg pidato laks*
Saya sangat bersyukur kerana saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia & gembira.
Syukur kehadrat Illahi kerana masih mengurniakan umur yang panjang & kesihatan yang 
baik serta rezki yang melimpah ruah kepada keluarga saya.

Alhamdulillah..saya masih berkesempatan menikmati hari yang bahagia bersama mak & ayah, 
nenek , abang & adek juga kakak-kakak di dalam suka & duka.
Terlalu banyak untuk diceritakan tentang sebuah "KELUARGA".
Terima Kasih yang tak terhingga kepada 2 orang ibu bapa saya yang terlalu banyak bersusah payah mencari rezeki untuk kami adek beradek sehingga kami mampu hidup dalam keadaan selesa & bahagia sangat2.
Sesungguhnya Jasa ibu & Bapa memang tidak akan terbalas sampai bila-bila oleh kami 
yang bergelar anak ini. Terima Kasih kerana mendidik serta mengajar kami erti "Hidup" sehingga
berjaya membuatkan kami adek-beradek sehingga berjaya sehingga ke tahap ini.

Terlalu banyak untuk diceritakan pengorbanan yang dibuat 
oleh Mak & Ayah kepada kami......
Akan kami kenang & hargainya sepanjang hayat kami,
"Ya Allah..Panjangkanlah Umur Kedua Orang Tuaku & Wanku.."
"Ya Allah Berilah Kesihatan Yang Baik Kepada Kedua orang Tuaku & Wanku.."
"Kau Rahmatilah Hidup Kedua Orang Tuaku & Wanku.."
"Kau Tempatilah Arwah Kedua Orang Atukku dikalangan Mereka yang Beriman"
AL-FATIHAH

~Amin~

(T_T)
~I LOVE MAK & AYAH & WAN~

~PeNgaRaNg JaNtuNg ~

~Viva Elite KesayanganKu..SerVis Kali Pertame~

hai! Assalammualaikum..ari ni Jumaat yang Best!Sbb sok Cuti! Weee.....
Skang Kul 1.30ptg , Lunch Time nie mmg opis lenggang..borink sunyi jer,
Actually malas nak kuar makan sbb kat Belakang pantry tu ade demonstrasi masakan 
Gune Periuk Holistik RM1300.. Wow!Mahalkan?hehe Tapi agak berfaedah & tak rugi sebenarnya sbb periuk tu dapat mengekalkan khasiat semulajadi makanan.heheehe Cop! dah lari topic
........

Okeh..kete "terbang" atas tu sebenarnya terjadi sebegitu sbb merupakan servis kali pertama,
maklumlah dah lebih 3 bulan gune & lebih 1000km laks tu,so ne la servis kalo tak kang "Tak Sihat" kerete kesayanganku itew..hehehe Tak mahal la kene time tu de la dlm RM95.00 camtu,,
*kalo xsilaplah..Lupe lak, t tgk resit balik* hehehe kalo nak diceritekan selepas servis tu perghh..sedap giler la bawak..Smooth jerk! so xsaba nak servis kali ke-2 nnt..Acctly dah g dah pun..haha 
lambat updated jerk..haha kene la dlm RM65.00..huhuu 

Actually saye rase Gune Viva ni agak jimat sgt2 la minyak! Kalo nak hang out tu xrisau sgt la bile sebut bab minyak,lebih2 lagi Isi minyak kat Shell...Pergghh...Siyesss mmg "Lebih Kilometer!" 
Try la kalo nak taw perbezaannya!Sbb dulu dah pena try dah isi minyak kat Petronas, tapi saye pasan cepat turun bar tu, or mybe depends on cara pemanduan kite gak kan..kan...(^_^)

Start beli kete bulan 8/2010 n until now 1/2011..Alhamdulillah..
saye ingat pas ni nak beli moto lak..saye minat Moto Ego (PINK) *Wat Koleksi*  hahaha
Dah pena survey harga motor tu..Okehla..Insya Allah... (^_^) doakan ye kengkawan..

Panggilan manje Viva ku ini adalah "Si Puteh" huhu... 
Putehlah peneman disaat kebosanan yang tak terhingga, normally weekend mmg xduduk rumah, 
kalo tak hang out dgn kengkawan  g shopping or tgk wayang.. (^_^)
Bile bercerite bab Pulang Bercuti di semenanjung, 
Aduhh..RINDU sgt2 la dgn putehku..HAHA *Over laks*
kalo rajin mmg weekend jerk saye akan cuci kerete sendiri, & paling malas pun g hantar je cuci
hah! lagi senang kene la dlm RM8.00 kedai cuci kete depan opis jerk! 
Balik keje kekadang tu trus hantar cuci (^_^)

Opss!! nak kat kol 2petang.. lagi 15 minit saye ne masuk keje balik! 

~okeh la.. Saye Bsyukur dgn setiap kemudahan & 
rezeki dgn Allah SWT kurniakan pada saya.. Alhamdulillah~

Thursday, February 10, 2011

~i LoVe KuChiNg ~

~"Jantung Sarawak" korang kalo datang sini jgn la luper dtg bgambar sini yeh, kalo tak, xsah weh..~

Assalammualaikum kepada kawan-kawan sekalian,
hah... nak stoly moly sket la pengalamanku ketika ditugaskan & ditempatkan di Sarawak.
" Makk aihh..Jauhnya!!!" tulah keluhan yang bese saye dgr bile org tanya kat mana keje..kalo leh saye tak nak jawab leh tak??sbb dah taw pe jawapan korang! 

Actually tak pena mintak pun nak keje sejauh camni, tp dah rezeki ku tercatat disini pe nak dikato weh.. adehh.. Terima dgn Redha sajelah pada tu,memandangkan Jawatan yang di Offer ini agak menggugat imanku pada ketika itu..hehehe ~I LOVE MY JOB~

Pada awalnya agak temanggu2 gakla bile sampai kat sini, sumenyer baru pada saye, dari segi budaya, makanan & Life style kat sini.Paling penting dimana tempat untuk ku mereleaskan tension?Dimana tempat Shopping Complex, Dimana tempat jual baju2, tudung,tempat makan yg best & len2.
Pada awalnya pemikiranku agak negetif pada Sarawak, iaitu Sarawak tak maju,xmembangun lagi,xde sume tempat yangku inginkan. Namun, setelah diteliti....Wah!!BEST!! saya dah jumpe sume tempat2 itew...Yeeehaaaa!! Best sangat!! Cool..Rugi la sape tak dtg keje sini, Gaji dah le banyak 
*makan xhabes wooo*, pengalaman yg mampu dikutip, disamping BERDIKARI & berdiri di kaki sendiri akan mengajar sesape yg nak dtg kerja disini, sesape yg mampu...SILAKAN...
Kami sangat mengalu2kan kedatangan ANDA! (^_^)

Okeh kalo diperhatikan dalam gambar tu merupakan sejawatan dengan saye bertempat di Samarahan, 
*kalo nak di ikotkan Geografi la kedudukan Samrahan-Kuching xla jauh dalam 45 minit jerk, Kuching-Sibu kenderaan Darat 7 jam, Kuching-Miri 10jam..hahaha nek kematu la duduk dlm kete..*
hahaha kami mmg kami melepak serta kaki Holiday kat sini. Ajak je bile kompem ON ajerk!
Karaoke, Shopping,makan/minum, release tension, g holiday mmg On jerk kami nie.. (^_^) berkongsi minat yg same.. (^_^) cayalah...

Best duduk sini cume beselah kalo datang time hangin nak menentu tu mulelah masing2 mengiauw nak balik semenanjung X-specially bile time keje yg Standartlah Ketua Unit kene Tanggung kan..hahaha Paham2 jelah...hehehe Time tu je la kami mengiaw nak Balik Semenanjung lah, nak tukar la ape la..HAHAHA macam-macam bile diingatkan gelagat masing2.. 

~Anyway memang seronok kat sini, xcaya datanglah sini (^_^)~

~SeRoNoK KejE kat KucHiNg, SaRaWak!~


~Nie lah my Room (^_^) , time ni saye tgh menyemak secara detail my akaun ^^ Best2!!~

Ehem2....... Ok, Asalammualaikum kepada teman2 ku sekalian...
pada hari ini 10/2/2011 bermulalah episod pekerjaan di awal tahun 2011 nie.
Semuanya mestilah kene baru, semangat baru, azam barukan? 
Ape azam baru kawan-kawan sume pada 2011 ni? mesti hebat2 kan?hehehe
Okehlah..pada saya semangat baru tu ingin saye mulakan dengan strategi kerja yang tersusun, cepat, tepat dan benar *Ceewaahh...macam moto PDRM laks* haha.. pada saya ni sume penting lor sbb saye handle di bahagian Kewangan selaku Ketua Unit saye mesti pastikan anything about my part must be perfect. Anyway sye ni manusia biasa gak, setakat salah sket2 tu beselah kan..huhu .

Actually saye agak happy bekerja disini..Sini kawan-kawan yang best! teman seperjuangan X-specially my staff always 4low as what i want.. but I'm still accept if they are have any suggestion la.. ^^ 
Ok lah.. kalo dilihat pada picture atas nie, agak messy la.. sbb time ni saye tgh wat pengauditan sendiri terhadap report2 , detail of accounts, baucer2 n len2..

Office ni ada 3 tingkat, tingkat 1 lebih kepada Pengoperasian iaitu Unit Tanam Semula, Bahagian Program Khas, Kerja-kerja Khas & unit Pengembangan di ketuai oleh Ketua unit masing2..

Tingkat 2 lak lebih kepada Kewangan & Pentadbiran! Weee...tempat saye la tuuu...huhu..
Perghh.mmg busy giler la..*Unit Kewangan* lebih2 lagi tang hujung tahun & setiap hujung bulan ^^ tapi saye rase best & xpenat sbb saye mmg suke keje berkaitan Kewangan..hihihhii kene la dgn Jiwa..haha Kalo kengkawan nak tau tingkat 2 ni la ada pengarah kami sekali Tuan Haji Sopian namanya..setakat ni die xpena lagi la marah2 saye..hihi ^^ saye suke!! cume nak mintak cuti tu payah jerk,
 tapi ne susun ayat betol2 dulu..haha *kantoi*

Tingkat 3 lak lebih kepada Unit kejuruteraan & juga tempat Driver kami rest2 kat sini..sebarang jamuan makan-makan wat kat sin la! mybe sbb ruang yang agak besar kots..

kalo nak diceritakan lah ttg pengalaman mule2 keje..pergghh...mmg gelabah punye olanglah saye ni, contohnya org2 HQ mintak wat something or pe2 la berkaitan skop saye nih, kompem gelabah sbb xreti..
tapi hari demi hari minggu demi minggu bulan demi bulan akhirnya........
Sume hujung jari saje maaa..petik jari je..hah! Habaq mai! *wah!cakap Besar laks* xdelah..sbb kite dah belajar & rase mcm2kan dduk keje pejabat diluar HQ nikan kite dah lali & xde hal la! lebih2 lagi tempat saye keje ni kene berdikari & kene pandai jaga diri sendiri maksudnya, Kuching,Samarahan,, Sibu.. Setiap tempat ni bukan 15 minit ambil mase taw nak g.. 10jam perjalanan, memandangkan kami tak boleh bergantung harap pada pejabat bahagian len, kami ne mencari penyelesaian sendiri bg setiap permasalahan yg timbul..
mmg BEST + MENCABAR,
 Namun tak lupe kepada staff kewangan saye yang turut sama berganding bahu serta berkat tunjuk ajar dari staff -staff lama!

Kalo dulu la blur2 je bile org cakap tu cakap ni tapi skang...huhuhuu (^_*) alhamdulillah..kite manusia ni blaja sume dari TAK TAHU kepada TAHU kan?? Anda pun begitu jugekan....Sudah tentu punyer...

~Okehlah..t kite Move ke New Topic laks yek!~

Wednesday, February 9, 2011

~SaKiTNyA RaSe KeSeDiHaN KeHiLaNgaN KuCiNg KeSaYaNGaN~


Nama kucing saya yang ini adalah Vee. Camne leh dapat nama Vee tu  pun tak taula, asal sedap je bubuh je la nama nie. Kucing ni agak ensem la berbanding kucing-kucing di Taman Perumahan saye nih. Ekornya panjang , tak la halus sangat bulunya sikit kasar jenis sederhana panjang, telah dipelihara sejak dari kecik lagi.. kirenyer mase kuar2 tu kami 1 keluargalah yang menyambut. Vee ni memang pandai!Dia tau namanya bila dipanggil. Tak kisahlah jarak 1 kilometer pun korang nak panggil *asalkan kucing ni leh dengarlah* dia pasti dengan bersungguh-sungguh kejar kat orang yang panggil tu. Namun, herannya kalo bukan suara tuan penjaganya die akan wat-wat pekak je..Hehehe..

Vee ni die rapat dengan sume ahli keluarga saye. Terutamanya rapat dengan ayah saye.*Cess...memilih tol* Vee ni merupakan kucing kesayangan ayah saye, ayah saye lak jenis yang memang ske jaga kucing, makan minum die rajin bagi. Betullah kata orang dulu2.. bile kite susah hati kite usaplah kucing, Nescaya hati kite tenang...Kucingkan Haiwan kesayangan Nabi..Betul tak? Mestilah betul.. Contohnya...Disaat-saat rase bosan saye akan melepak di halaman rumah bergurau senda dengan kucing-kucing peliharaan saye, walopun saye bercakap dengan dorang *waras ke orang ni?* & dorang xlah reply balik pe yang saye borak dengan depa suma tu..hehehe *tukar dialek* rase terubat hati yang tengah bosan @ susah hati...Tak caya cubelah kawan-kawan...^^

Okeh...banyak lagi nak story tapi saye nak ceritakan 1 story yang menjadi episode sedih bagi saya & ayah saya..Ceritenyer macam nie, suatu pagi dalam kol 2-3 pagi camtu terdengar bunyi sekumpulan anjing yang kedengaran seperti bergaduh, dibelakang rumah. Hati berkata "halah berebut makan sampah sarap kat blakang rumah la tu, beselah tu.." daripada tersedar akibat bunyi bising terus tido balik dek kerana berfikir sedemkian.

Di pagi yang indah~ "Veee...........Veee......!!  haishhh mane lak la si Vee nie..bese pepagi dah de kat umah tunggu nak diberi makan...Hurmm.........xpelah...berdating la tue.." Kata Ayah

Dipetang yang tenang~ cuit...cuit...cuit...*bunyi panggil kucing-kucing nak bagi makan*  Aikkk? mane lak si Vee tak balik2 nie..heran...bese ade....." Kata Ayah

Dimalam yang dingin~ "Veee.....................Vee........! haishh mane lak ni....sampai ke malam pun tak balik2!" Rungut ayah.

Hari berganti hari........hampir semingu rasanya....

Disuatu petang selepas menyapu sampah di halaman rumah, sampah-sarap yang dikumpul perlu dibuang.
Ayahku terus mengambil beg plastik untuk di kumpulkan sampah ke dalamnya.Dah siap ikat terus la g buang sampah kat tempat pengumpulan sampah berhampiran belakang rumah.Tengah duk jalan-jalan ayah secara tak sengaja ternampak sesuatu.................

"Aikk?? ni ekor Vee..!" Ya Allah... Ya tuhanku.... Apa telah terjadi pada Vee?? Hanya tinggal ekornya sahaja..Mana Badannya??Mukanya???Mana semua??? T_T ...xsanggup bayangkan... xsanggup nak diceritakan....

Kami  membuat andaian....

Pada malam yang kedengaran bunyi bising itu, mungkin merupakan pergaduhan Vee & anjing2 liar berkenaan, kudrat seekor kucing yang kecil dengan sekumpulan anjing tidaklah sama...Mungkin Vee telah bergadoh untuk mempertahankan diri dari diganggu oleh anjing liar berkenaan, namun Vee tewas... Vee dimakan/disiat oleh anjing2 liar yang liar & kebuluran malam berkenaan...Saye & ayah sungguh menyesal tidak keluar meninjau pada malam berkaitan...

Vee.... Maafkan kami... Kami sayangkan kamu Vee... Tapi kami xdapat menjagamu dengan baik Vee...
kami biarkan kamu ditewaskan anjing liar berkenaan...kami leka dengan tido kami Vee...
betapa sakit & Getar jiwamu bertahan & melawan anjing berkenaan Vee...
Maafkan kami Vee....sungguh sakit dirimu pada waktu itu Vee...kami sayang kamu sangat2 Vee...

Ekor yang dijumpai itu selamat ditanam dibelakan rumah...Ya Allah...Tempat haiwan berkenaan adalah di Syurga...Terima Kasih Ya Allah...

Vee...
Semenjak kejadian berkenaan,
Kami tidak lagi teruskan lena ketika bunyi anjing-anjing liar berkenaan kedengaran ditelinga kami..

~Pencinta Kucing~

Love is...
© ~DiARi hAti iNi~ - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace